Friday, December 25, 2009

Tahniah!!!...

Salam Sayang.
Buat anak-anak warga SMK Pendang khususnya yang baru mendapat keputusan
PMR 2009. Tahniah cikgu ucapkan kepada yang berjaya mendapat "straight A". Kepada anak-anak yang menyumbang A dalam mata pelajaran yang cikgu ajar iaitu Bahasa Melayu dan Geografi tahniah sekali lagi.

Sesungguhnya kejayaan anda adalah kejayaan sekolah juga. Cikgu hanya "menumpang seronok".Anggaplah kejayaan hari ini sebagai batu loncatan untuk anda mencipta
kejayan yang lebih cemerlang pada masa depan. Teruskan usaha gigih anda. Jangan lupa bersyukur pada Ilahi dan berterima kasih kepada semua yang menyumbang untuk kejayaan anda.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 23, 2009

Untuk Pelajar-pelajar STPM SMK Pendang

Salam. Ckgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan STPM. Jawablah dengan tenang dan pastikan jangan panik. Banyakkan berdoa semoga Allah mempermudahkan anak-anak semua menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Buatlah yang terbaik. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Kepada anak-anak enam rendah, gunakan masa cuti anda untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran yang telah anda pelajari di tingkatan 6 rendah. Semoga tahun depan anda cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan STPM yang bakal menjengah.Blog ini cikgu harap dapat dijadikan tapak untuk anda semua berkongsi bahan dan maklumat atau apa saja yang sesuai dengan tema kita iaitu geo_space.Hantarkan karya anda untuk kita kongsi bersama.

Sekian, Salam sayang untuk anak-anak semua.

Wednesday, November 18, 2009

Sajak geografi

Tema: Sungai
Tajuk : Kepentingan Sungai, masalah dan langkah mengatasi
Tajuk Puisi:

"Alur Suci Nadi Kehidupan"

Sungai,
nadi hayat tiada nilai
rantaian hidup zaman berkurun
sumbang akrabmu pada setiap insan,
flora, fauna, mahupun senusantara alam
tiada jemu bosan alir fitrahmu
jemari sirat cambah lembanganmu mengakar sumber.

Sungai,
bakti seumurmu tercatat
mengatasi keperluan domestik
membangun industri rakyat
yang bergantung harap,

Juga menjana lingkaran elektrik hidro
memberi cahaya menyinar ruang hayat
juga , menyubur bumi gersang tandus
pengairanmu menghijau saujana delta
di situ peluh pak tani tertumpah .....syukur

Sungai,
sudah lumrah sejak dahulu
Kau penyampai salam penghubung hasrat
tertunai hajat tersimpul ikatan ekologi alam
Mobiliti pengangkutan mesra ketersampaian
Berfungsi berzaman melawan badai kehidupan


Sungai,
diperut kandungmu, tercambah seribu budi
bermukim jutaan khazanah mewah
Jelawat, keli mahupun haruan
Kelah, patin, toman, udang galah
mesra bermain dalam tebaran jala
juga di mata kail seorang nelayan
rela, redha secebis rezeki kurniaan Ilahi

Sungai,
dari Kinta ke Lembah Kelang
lanar timahmu merevolusi proses urbanisasi
mencetus era industri, melahirkan hirarki petempatan
dari sebuah kampung ,menjadi pekan,menjadi bandar
dari bandar menjadi bandar raya meledakkan metropolis Ipoh dan Kuala Lumpur

Sungai,
walau baktimu melimpah ruah
terusik jua riak alir airmu
angkara durja tangan-tangan liar
melimpah cemar effluen berbisa
dengan populasi tinggi memunah segala
Fitoplankton, Zooplankton, Alga kecewa parah dan pasrah

Hanyutan padat sampah terapung
memualkan hidupan akuatik
juga garam beracun buangan industri dan lelemak menggapai ruang
yang pasti Sungai Juru , Jejawi, Sepang dan Sungai Kelang
perut kandungmu mengalir onar meracun tragidis.
langkahmu kelu, lesu riakmu kian bisu

Pencemaran leluasa mercuri ngeri
Juga produksi kimia tiada lestari.
salirmu kini dirajai bakteria,patogen
mencalar infeksi pencerna organ
menularkan kolera, virus polio dan hepatitis
yang bisa membinasa enzim, merosak sel homo sapiens
mengundang ajal tanpa ampun tanpa sesal

Ayuh warga dunia!
prihatin akal budimu
tangani berani sumpah pertiwi
sesama semaii sesama jagai
warnai jalur lingkari sungai anugerah yang Esa.......

Sungai,
sewajarnya tebing bibirmu
diwajai bagai aur mencengkam tebing, merawat hakisan
jadilah taman potensi rekreasi
harmonis selamanya, airmu mineral bagiku...
mineral untuk semua, cintailah...... sungai kita
Alur suci nadi kehidupan


Deklamator:

SMK Pendang, 06700 Pendang , Kedah Darul Aman

Cara mengurangkan masalah hakisan pantai

Manusia boleh membantu mengurangkan masalah hakisan pinggir pantai dengan :
1. Membina tembok penahan ombak.
2. Meletakkan sangkar batu di kawasan pantai terhakis.
3. Melaksanakan proses penyuburan pasir pantai.
4. Mengurangkan pembangunan yang terlalu hampir dengan gigi air.
5. Mengurangkan aktiviti memotong dan memusnahkan pokok bakau dan kawasan paya.

merak

geo fizikal

Kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan BMB
-Keanekaan bahan yang diletupkan akan mempengaruhi bmb atau rupa gunung berapi.
Lava bes yang cair dan mengalir jauh sebelum membeku membentuk gunung berapi perisai, bercerun landai, dgn ukurlilit yang sgt besar. Contoh Mauna Loa dan Mauna Kea di Pulau Hawaii.
Lava asid yang likat tidak mampu mengalir jauh membentuk gunung berapi berkubah dan bercerun curam
Lohong yang berbeza. Lohong liner/mendatar membentuk dataran lava. Lohong tengah/ tunggal membentuk kon serbaragam.
Letusan senyap berterusan membentuk kon gunung berapi sekata. Letupan kuat akan menyebabkan lohong gunung musnah dan mewujudkan kawah yang besar atau kaldera di puncak gunun g berapi berkenaan.
Gunung berapi bersaiz besar sekiranya lava yang dikeluarkan banyak. Gunung berapi berasaiz kecil sekiranya letupan dsangat kuat dan memusnahkan puncaaak yang sedia ada.
Palam gunung berapi pula terbentuk jika kawasan gunung berapi mengalami proses gondolan oleh agen-agen geomorfologi. Hakisan yang berterusan di cerun-cerun gunung berapi mendedahkan magma yang membeku di dalam lohongnya.membentuk palam.