Wednesday, November 6, 2013

Khas Buat Anak-anak SMK Pendang ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Cikgu ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM dan STPM 2013. Semoga dapat menjawab semua soalan dengan sempurna. Harapan cikgu kejayaan cemerlang yang anda semua idamkan akan menjadi kenyataan..InsyaAllah.

Thursday, April 11, 2013

Cikgu nak ucapkan tahniah buat anak2 SMK Pendang yg telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dlm pep STPM dan SPM 2012 yg lalu....
Assalamualaikum ...sudah lama blog ini tidak dapat saya update atas sbb yg tidak dapat dielakkan.  Anda apa khabar. harap semuanya sihat selalu....

Wednesday, February 22, 2012

Sajak "Pinggir Laut Hati Terpaut"

"Pinggir Laut Hati Terpaut"

Antara darat dan laut
sempadan landai cetek bertaut
ombak dan arus lenggok bergerak
ubah wajah rata tersimbah

deru pawana menyapa merisik
cenuram, gumuk pasir berbisik
rawang atau paya di pentas berlapik
batu, kerikil, lumpur atau gersik
padu pesona, pinggir lautmu cantik

Thursday, February 10, 2011

Salam Sayang...Buat anak-anak SMK Pendang yang telah mencipta kejayaan dalam PMR 2010 baru-baru ini tahniah ckgu ucapkan...Semoga kejayaan ini dapt dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencipta kejayaan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM nanti.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk berkongsi idea , bolehlah menulis atau menghantar sebarang karya berkaitan geografi atau alam sekitar kepada cikgu..Ckgu akan cuba muatkan ke dalam blog kita ini...sekian, terima kasih.

Friday, December 25, 2009

Tahniah!!!...

Salam Sayang.
Buat anak-anak warga SMK Pendang khususnya yang baru mendapat keputusan
PMR 2009. Tahniah cikgu ucapkan kepada yang berjaya mendapat "straight A". Kepada anak-anak yang menyumbang A dalam mata pelajaran yang cikgu ajar iaitu Bahasa Melayu dan Geografi tahniah sekali lagi.

Sesungguhnya kejayaan anda adalah kejayaan sekolah juga. Cikgu hanya "menumpang seronok".Anggaplah kejayaan hari ini sebagai batu loncatan untuk anda mencipta
kejayan yang lebih cemerlang pada masa depan. Teruskan usaha gigih anda. Jangan lupa bersyukur pada Ilahi dan berterima kasih kepada semua yang menyumbang untuk kejayaan anda.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 23, 2009

Untuk Pelajar-pelajar STPM SMK Pendang

Salam. Ckgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan STPM. Jawablah dengan tenang dan pastikan jangan panik. Banyakkan berdoa semoga Allah mempermudahkan anak-anak semua menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Buatlah yang terbaik. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Kepada anak-anak enam rendah, gunakan masa cuti anda untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran yang telah anda pelajari di tingkatan 6 rendah. Semoga tahun depan anda cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan STPM yang bakal menjengah.Blog ini cikgu harap dapat dijadikan tapak untuk anda semua berkongsi bahan dan maklumat atau apa saja yang sesuai dengan tema kita iaitu geo_space.Hantarkan karya anda untuk kita kongsi bersama.

Sekian, Salam sayang untuk anak-anak semua.